Senaman yang boleh dilakukan selepas pembedahan Caesarian
1. Mulakan senaman dihari pertama selepas pembedahan. Dibawah ini adalah senaman senaman yang disyorkan :
2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati hati di keadaan yang selesa diatas katil.
Senaman perut setempat
1. Mulakan senaman dihari pertama selepas pembedahan. Dibawah ini adalah senaman senaman yang disyorkan :
- Senaman menarik nafas
- Batuk untuk memulihkan paru-paru
- Senaman betis dan kaki
2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati hati di keadaan yang selesa diatas katil.
Senaman perut setempat
- Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi, 3 kali sehari.
Kontraksi otot otot pelvis (Kegel's Exercise) Kuncupkan otot otot pelvis seperti anda menahan kencing, rasakan kuncupan otot otot pelvis dan cuba bertahan selama 5 saat dan relaks - 10 kali setiap sesi, 3 kali sehari.
Senaman Pernafasan Tarik nafas dengan dalam dan rehat secara perlahan-lahan sebanyak 5 kali. Ulangi setiap jam selepas bangun pagi untuk 2 hari pertama. Ini bertujuan untuk membantu paru-paru bersih dan menghalang sebarang komplikasi.
Batuk Bengkokkan kedua-dua lutut, duduk ke hadapan dan sokong tempat luka dengan bantal secara kemas. (Rujuk gambar) Tarik nafas, tahan dan batuk dengan dalam Ulang 3 kali Ini bertujuan untuk membawa kahak bergerak keluar daru laluan pernafasan.
Senaman kaki
- Gerakkan sendi pergelangan kaki kanan ke atas dan ke bawah. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar dibawah)
Gerakkan kedua-dua tapak kaki secara bulatan. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar dibawah)
- Bengkok dan luruskan lutut secara selang-seli. Ulangkan 10 kali.
- Senaman ini bertujuan melancarkan peredaran darah.
Jenis senaman yang perlu dielakkan sebaik selepas pembedahan
- Mengangkat kedua dua kaki
- Duduk tegak dari kedudukan berbaring
- Melompat
Sumber: www.myhealth.gov.my
Senaman Selepas Pembedahan Caesarian
Read more: http://www.mamapeduli.info/2016/03/senaman-selepas-pembedahan-caesarian.html#ixzz4AISmIMTj